Memberi penerokaan mendalam mengenai model flipped classroom yang digabungkan dengan strategi pembelajaran koperatif. Ditulis oleh pakar Canva yang disahkan, Dr. Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar, ebook ini menyediakan panduan praktikal tentang cara menggunakan Canva sebagai alat untuk memperkayakan interaksi bilik darjah dan meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
Melalui ebook ini, pembaca akan memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk mengubah kaedah pengajaran, mewujudkan persekitaran pembelajaran kolaboratif, dan menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi dalam pendidikan.
"Revolusi Pedagogi: Problem Based Learning Dengan Canva dan AI Generatif " oleh Dr Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar adalah lanjutan daripada perincangan dalam buku sebelumnya, yang memfokuskan pada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang diperkaya dengan alat digital moden seperti Canva dan Generative AI.
Buku ini meneroka konsep problem based learning — pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, di mana mereka terlibat dalam penyelesaian masalah yang relevan dan juga mencabar, berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Pendekatan ini menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan bertanggungjawab dalam mencapai objektif pembelajaran, serta mengembangkan kemahiran penting seperti penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.
Buku ini turut menyertakan panduan dan cadangan praktikal tentang bagaimana teknologi ini dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks pendidikan masa kini.
Buy Now